Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
Pendidikan Pencegahan Dadah boleh :
a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
d) melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.
Wednesday, August 11, 2010
Pengenalan PPDa
Posted by ppda.smksungaibesar at 12:36 AM 0 comments
Sejarah penubuhan PPDa
Pada 3 Februari 1988, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 Program Skim Lencana AntiDadah, Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) disiarkan oleh Bahagian Sekolah KPM. Dengan ini, sekolah ini telah memulakan Program SLAd pada tahun 1988 sehingga sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh SLAD adalah lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti, menghadiri ceramah, menyertai pertandingan, aktiviti seranta, penyampaian maklumat dan menyediakan buku skrap.
Program Cuma Lima Minit AntiDadah dimulakan pada tahun 1999 setelah pihak sekolah menerima surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS/HEP)8543/06/(23) . Pelaksanaan Program 5 Minit AntiDadah di sekolah.Program ini dijalankan pada bulan Mac dan Julai setiap tahun. Guru-guru meluangkan sebanyak 5 minit untuk menyatakan maklumat-maklumat dadah kepada murid berdasarkan modul yang diedarkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, pertandingan kuiz AntiDadah akan diteruskan selepas modul diterangkan kepada murid-murid.
Pada tahun 2004, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2004 memperkasakan pendidikan pencegahan dadah telah disiarkan kepada sekolah-sekolah. Dengan ini, guru kaunseling kedua telah dilantik sebagai guru PPDa.Maka pelbagai program PPDa telah dilaksanakan untuk staf dan murid-murid di sekolah ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Perkembangan Staf, Minggu AntiDadah, Mesej Jauhi Dadah PPDa KBSM, Ceramah AntiDadah, Pameran AntiDadah, Pertandingan Poster AntiDadah, Pertandingan Buku Skrap AntiDadah, Pertandingan Esei AntiDadah, Kemahiran Personal dan Interpersonal, kaunseling PPDa, Kolokium Kepimpinan PPDa, Seminar PPDa, Program Keibubapaan dan sebagainya.
Pada tahun 2007, semua sekolah telah diarahkan untuk menubuhkan bilik/lorong/sudut PPDa di sekolah. Maka sudut PPDa di sekolah ini telah ditubuhkan di perpustakaan.
Sumber : http://skim-lencana-anti-dadah-ppc.blogs.smjk.edu.my/sejarah-penubuhan-ppda-2/
Posted by ppda.smksungaibesar at 12:21 AM 0 comments
Labels: Sejarah Penubuhan PPDa